Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana MYISP dan/atau syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, (dirujuk secara kolektif sebagai “MYISP” atau “kami”) mengumpul, menyimpan, dan mengendali maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Sila baca Penyataan Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Penyataan Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Penyataan Privasi ini.
Polisi ini menerangkan:
Kami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang bermakna dan berasa yakin akan pembekalan maklumat peribadi anda kepada kami apabila menggunakan mana-mana Laman Web MYISP, Produk dan/atau Perkhidmatan kami, kami telah menyediakan Penyataan Privasi ini untuk anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan anda mengenai cara-cara maklumat peribadi anda dikumpul dan digunakan oleh kami.
DEFINISI MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ia merangkumi apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda. Bagi tujuan Penyataan Privasi ini, maklumat peribadi merangkumi maklumat peribadi sensitif, iaitu maklumat yang berkaitan dengan kesihatan, pendapat politik, kepercayaan agama anda, dll. Untuk mengelakkan keraguan, sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini terpakai hanya jika anda merupakan orang sebenar/seorang individu.
JENIS MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPULKAN
Untuk membolehkan kami memberi anda Produk dan/atau Perkhidmatan kami dan untuk beroperasi secara cekap dan berkesan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik mungkin kepada anda, kami perlu mengumpul maklumat peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:
maklumat hubungan seperti nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk KP atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa yang dipilih, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat emel, maklumat kad kredit dan/atau butiran akaun bank; status Produk dan/atau Perkhidmatan yang anda telah perolehi atau langgani dari kami; minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran Produk dan/atau Perkhidmatan kami yang paling sesuai untuk anda; rakaman imej anda melalui kamera-kamera CCTV apabila anda pejabat atau cawangan kami; rakaman panggilan-panggilan yang dibuat oleh anda kepada meja bantuan kami untuk peningkatan dan penambahbaikan perkhidmatan kami.
BILA DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi secara terus daripada anda apabila anda:-
Selain daripada maklumat peribadi yang diperolehi secara terus daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi maklumat peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (agensi rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada mana-mana sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan oleh undang-undang.
BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami mungkin mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini, untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:-
PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Sebagai sebahagian dari penyediaan Produk dan/atau Perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin diperlukan atau dikehendaki mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:
PEMASARAN LANGSUNG
Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberi anda maklumat mengenai perkhidmatan dan/atau produk kami atau pihak-pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda, kecuali diminta atau dimaklumkan sebaliknya oleh anda.
Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami. Namun demikian, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami di mana anda telah melanggani Perkhidmatan atau Produk tertentu yang memerlukan pendedahan tersebut dan/atau kebenaran anda telah diperolehi, tertakluk pada setiap masa kepada apa-apa undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada MYISP.
Kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian kami dengan peniaga dan/atau rakan niaga strategik kami mengenakan kewajipan privasi dan kerahsiaan yang sewajarnya.
Jika anda tidak ingin maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda mengubah fikiran anda berkaitan dengan pilihan anda sebelum ini, sila hubungi kami melalui butiran cara menghubungi kami yang dinyatakan di bawah. Arahan bertulis anda kepada kami yang terkini akan diguna pakai.
MAKLUMAT PERIBADI YANG DIBERI ANDA TIDAK LENGKAP?
Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang pendaftaran/permohonan), anda diwajibkan memberi maklumat peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk Produk dan/atau Perkhidmatan kami. Jika anda enggan memberi maklumat peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan Produk dan/atau Perkhidmatan kami.
HAK ANDA UNTUK MENGAKSES DAN MEMBETULKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami.
Sekiranya anda ingin memohon akses atau membuat pembetulan pemprosesan Data Peribadi anda atau menarik balik/menghadkan persetujuan anda sepertimana yang dipegang oleh kami, atau jika anda berpendapat bahawa maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, tidak terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi kami melalui butiran cara menghubungi kami yang dinyatakan di bawah.
Anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun anda dan nyatakan dengan ringkas maklumat berkenaan yang mana anda ingin meminta sesalinan. Kami akan mengenakan fi pemprosesan untuk menampung kos pentadbiran pencarian untuk dan pembekalan akses kepada maklumat peribadi anda.
Kami akan menggunakan usaha yang berpatutan sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam masa 21 hari dari tarikh kami menerima permintaan anda serta fi pemprosesan yang dikenakan.
Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
KEWAJIPAN ANDA
Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mengenai mana-mana individu di mana anda membekalkan maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk mengemaskinikan maklumat peribadi tersebut jika dan apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan menghubungi MYISP melalui butir-butir untuk menghubungi kami yang dinyatakan di bawah. Kewajipan ini merupakan syarat bagi penyediaan Produk dan/atau Perkhidmatan kami kepada anda dan/atau individu-individu lain yang disahkan atau dibenarkan oleh anda atau organisasi/syarikat anda untuk menggunakan Produk dan/atau Perkhidmatan tersebut.
Jika anda perlu memberi kami maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau di mana anda merupakan orang yang dilantik (dalam syarikat atau organisasi) untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang memperolehi dan bertanggungjawab untuk perkhidmatan dan/atau produk yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya anda berhak memberi maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakan maklumat peribadi tersebut dengan sewajarnya, dan (ii) memberitahu mereka untuk membaca Penyataan Privasi ini di laman web kami di www.mysip.com.my/pdpa/.
URUSAN DALAM TALIAN DENGAN MYISP
“COOKIES”
Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dari “cookies”. “Cookies” adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam computer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web kepada keperluan anda. Cookies dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna individu, hanya computer yang digunakan. Anda tidak diwajibkan menerima cookies. Jika anda mempunyai kerisauan, anda boleh tetapkan komputer anda untuk sama ada menerima semua cookies, memaklumkan anda bila sesuatu cookie di isu, atau langsung tidak menerima cookies pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan cookies mungkin akan menjejaskan penggunaan laman web kami kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda.
PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK-PIHAK KETIGA
Sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini hanya terpakai di laman-laman web MYISP dan tidak terpakai kepada apa-apa laman web pihak-pihak ketiga yang anda mungkin akses dari laman-laman web kami. Untuk menentukan bagaimana mereka mengendali maklumat peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca polisi privasi mereka masing-masing.
PEMINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA KE LUAR NEGARA
Ia mungkin perlu untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan yang terlibat dalam penyediaan sebahagian Produk dan/atau Perkhidmatan MYISP berlokasi di negara-negara di luar Malaysia atau jika anda menggunakan Produk dan/atau Perkhidmatan dari negara selain daripada Malaysia (contohnya, perantauan antarabangsa). Anda bersetuju kepada pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa mana-mana entiti luar negara tersebut diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada penyediaan Produk dan/atau Perkhidmatan kepada anda yang mereka dikontrakkan oleh kami untuk menyediakan dan untuk melindungi dengan secukupnya maklumat peribadi anda.
PENGEMASKINIAN KEPADA PENYATAAN PRIVASI KAMI
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Pernyataan Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. Kali terakhir Pernyataan Privasi ini dikemas kini pada Januari 2019.
BAGAIMANAKAH KAMI MELINDUNGI DATA ANDA?
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. MYISP mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa, mereka dikehendaki melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.
BERAPA LAMAKAH KAMI BOLEH MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau menghapuskan terus data anda.
BUTIR-BUTIR MENGHUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan dengan Penyataan Privasi ini, menghubungi kami pada waktu pejabat (antara jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang, pada hari Isnin hingga Jumaat) di titik-titik hubungan yang berikut:
Jawatan: Pegawai Data Privasi
Telefon: 04-683 8888
No. Faks: 04-229 9807
Emel: enquiry@myisp.com.my
Alamat: www.myisp.com.my
Notis ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya berlaku pencanggahan di antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.